Tentang Kami
Kami adalah sebuah syarikat milik 100% bumiputera yang menjalankan perniagaan membuat perabut serta barangan kraf berasaskan kayu.Kami menerima tempahan khas perabot.
Selain daripada kayu kami juga menghasilkan produk dari PVC foamboard,akrilik serta besi.Kami juga menyediakan servis ukiran laser serta potongan Cnc.
Kenapa memilih kami?
Kualiti bahan mentah
Kami menggunakan kayu-kayan serta barang-barang yang bermutu.
Profesional
Kami mementingkan kualiti pada setiap produk.
Bertanggungjawab
Kami bertanggungjawab menyiapkan produk mengikut masa yang ditetapkan.
Pengalaman
Kami mempunyai pengalaman dalam seni pertukangan kayu.Antara produk yang banyak kami hasilkan ialah rehal.Rehal ini kami pasarkan ke seluruh Semenanjung Malaysia.sama ada untuk kegunaan individu atau pun tempahan dari surau/masjid.Selain itu kami juga menghasilkan gambar yang dicetak terus di atas kayu menggunakan teknik UV print.Pencapaian tertinggi kami ialah menghasilkan gambar UV Print Yang Dipertuan Agong serta Permaisuri.Gambar ini disimpan di Galeri DiRaja Istana Pahang.Kami juga sering menyertai pelbagai event sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.