Blog

Rekaan Berinspirasikan Alam
Untuk projek INTAC 2026 ini, kami memilih bentuk daun sebagai inspirasi bagi menghasilkan wooden award yang sedikit berbeza daripada reka bentuk trofi biasa. Bentuk organik, detail ukiran,teknik UV print dan laser engraving digabungkan untuk memberikan karakter tersendiri pada setiap award, sambil mengekalkan keindahan semula jadi kayu.
Setiap award turut disesuaikan mengikut tujuan penghargaan, menjadikannya bukan sekadar trofi, tetapi juga kenang-kenangan kepada penerima.

Salah satu bahagian yang memerlukan sedikit ketelitian dalam proses pembuatan award ini ialah fitting bentuk daun pada bahagian tepi badan utama. Shape daun yang telah dipotong perlu dipadankan dengan kedudukan dan bentuk sisi award supaya kedua-dua bahagian dapat disatukan dengan kemas. Proses fitting dan adjustment dilakukan secara manual, memastikan sambungan, alignment dan bentuk keseluruhan nampak serasi sebelum kerja sanding dan finishing diteruskan.

Untuk award ini, bentuk daun dan detail carving menjadi elemen utama reka bentuk, dipadankan dengan engraving logo INTAC 2026, Jabatan Landskap Negara serta mesej penghargaan. Gabungan warna dan kemasan kayu memberikan setiap award penampilan yang tersendiri, selari dengan tema alam dan arboriculture.

Award kategori Seedling ini menampilkan gabungan badan kayu dengan elemen daun berwarna hijau gelap pada sisi tepi. Reka bentuk tersebut membawa identiti alam yang selari dengan tema INTAC 2026, manakala laser engraving digunakan untuk memaparkan logo penaja, kategori sponsorship dan mesej penghargaan.


Yang ini pula merupakan award penghargaan khas yang menampilkan nama penerima secara individu, dengan detail carving daun pada bahagian atas dan laser engraving maklumat penerima, jawatan serta identiti INTAC 2026 pada bahagian hadapan. Kemasan warna kayu yang lebih gelap memberikan penampilan yang elegan dan sesuai sebagai tanda penghargaan.
