Blog

Custom Wooden Trophy for UiTM Alumni – 70th Anniversary Faculty of Business Management

Custom Wooden Trophy for UiTM Alumni – 70th Anniversary Faculty of Business Management

Friday, November 27, 2026

Untuk menghasilkan kemasan yang lebih kemas, kami membuat groove pocket pada permukaan kayu bagi menempatkan gold acrylic. Proses ini melibatkan pemotongan ruang atau alur pada kayu mengikut ukuran dan bentuk acrylic yang telah ditetapkan.

Groove pocket ini membolehkan gold acrylic dipasang dengan lebih kemas, stabil dan seolah-olah menjadi sebahagian daripada struktur trophy itu sendiri, bukan sekadar dilekatkan pada permukaan kayu.

Proses ini juga membantu menghasilkan kemasan yang lebih clean, dengan kedudukan acrylic yang tepat dan lebih integrated dengan keseluruhan design trophy.

Untuk projek ini, kami memilih kayu Balau tempatan sebagai material utama kerana karakter kayunya yang padat, kuat dan mempunyai tekstur serta tona warna semula jadi yang menarik. Sifat kayu Balau yang keras juga sesuai untuk menghasilkan trophy yang kukuh dan tahan lama.

Selain daripada aspek kekuatan dan penampilan, pemilihan kayu tempatan juga membawa nilai tersendiri. Kami percaya penggunaan material tempatan bukan sahaja menonjolkan karakter dan identiti kayu Malaysia, tetapi juga memberi ruang kepada material tempatan untuk diterjemahkan menjadi produk yang mempunyai nilai estetik dan fungsi.

Apabila material, teknik dan craftsmanship digabungkan dengan teliti, hasilnya bukan sekadar sebuah trophy, tetapi sebuah produk yang mempunyai karakter dan nilai tersendiri. Keindahan tekstur kayu Balau, ketepatan groove pocket serta kemasan gold acrylic saling melengkapi dalam menghasilkan sebuah trophy yang tampil elegan, kemas dan premium.

Bagi kami, nilai premium bukan hanya terletak pada rupa produk, tetapi juga pada bagaimana setiap material dipilih, setiap proses dilaksanakan dan setiap detail disempurnakan sehingga semuanya menjadi satu produk yang bermakna.

Search