Blog

Projek Kereta Iriz – Transformasi Ruang Jualan Kopi

Projek Kereta Iriz – Transformasi Ruang Jualan Kopi

Friday, October 30, 2026

Setiap ruang perniagaan mempunyai potensi untuk tampil lebih menarik dan berfungsi dengan lebih baik. Melalui Projek Kereta Iriz, 4A's Creative telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian sebuah kenderaan bagi dijadikan ruang jualan kopi yang lebih praktikal dan menarik.

Projek ini melibatkan pengubahsuaian ruang jualan serta kerja-kerja pemasangan lampu bagi mewujudkan suasana yang lebih selesa, kemas dan sesuai untuk aktiviti perniagaan.

Kerja-kerja disiapkan dalam tempoh dua minggu, dengan mengambil kira keadaan cuaca musim hujan yang sedikit mempengaruhi kelancaran proses kerja.

Structure dah siap cat
Test LED dulu
Owner kutip balik modal

Bagi kami, setiap projek bukan sekadar menyiapkan kerja yang diminta, tetapi turut membantu merealisasikan idea pelanggan menjadi sebuah ruang perniagaan yang mempunyai identiti dan fungsi tersendiri.

Search