Blog

Kadang-kadang kita teringin nak menghasilkan sesuatu yang bukan sekadar hiasan, tetapi ada nilai visual dan identiti tersendiri.
Untuk projek kali ini, kami mengambil inspirasi daripada salah satu simbol kebanggaan negara, Tugu Negara Malaysia, dan mengolahnya dalam bentuk artwork stained glass effect dengan gabungan pencahayaan LED.
Dengan permainan warna dan cahaya, imej Tugu Negara bersama Jalur Gemilang ini memberikan karakter yang berbeza apabila LED dihidupkan. Warna pencahayaan boleh diubah menggunakan remote RGB, membolehkan artwork ini tampil dengan mood dan suasana yang berbeza.
Gabungan visual, warna dan pencahayaan ini menjadikan artwork tersebut bukan sekadar sebuah gambar berbingkai, tetapi satu dekorasi bercahaya yang membawa elemen seni dan patriotisme.
Di 4A's Creative, kami suka bereksperimen dengan idea, material dan teknik untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza. Projek ini merupakan salah satu percubaan kami dalam menggabungkan elemen visual dengan pencahayaan LED bagi menghasilkan artwork yang lebih menarik.

Untuk pencahayaan, kami menggunakan RGB LED strip yang dikuasakan melalui sambungan USB, menjadikannya lebih praktikal dan mudah digunakan. Sistem ini turut dilengkapi remote control yang membolehkan pengguna menukar warna pencahayaan mengikut pilihan sendiri.
Dengan pelbagai pilihan warna yang tersedia, pelanggan boleh menyesuaikan mood dan suasana artwork mengikut kesukaan mereka. Gabungan stained glass effect dan pencahayaan RGB ini memberikan penampilan yang berbeza pada setiap pilihan warna, menjadikan artwork lebih menarik apabila dipamerkan.

Untuk projek stained glass ini, frame kayu yang digunakan bukan dibeli siap, tetapi kami hasilkan sendiri di bengkel 4A's Creative. Kami mereka bentuk, mengukur dan membuat frame kayu mengikut saiz serta keperluan artwork supaya stained glass dapat dipasang dengan kemas.
Bagi kami, frame bukan sekadar untuk memegang artwork, tetapi juga memainkan peranan penting dalam memberikan kemasan, struktur dan karakter kepada keseluruhan produk. Dengan menggunakan frame kayu yang dibuat sendiri, kami dapat menyesuaikan reka bentuk dan kemasan mengikut konsep projek yang ingin dihasilkan.

