Blog

Ubah Suai Citroën Berlingo Menjadi Coffee Bar Bergerak

Ubah Suai Citroën Berlingo Menjadi Coffee Bar Bergerak

Sunday, November 1, 2026

Merealisasikan idea perniagaan kopi melalui reka bentuk ruang yang praktikal, kreatif dan menarik.

Setiap idea perniagaan mempunyai keunikan tersendiri. Bagi projek kali ini, 4A's Creative diberi peluang untuk merealisasikan sebuah konsep perniagaan kopi bergerak dengan mengubah suai ruang dalaman sebuah kenderaan Citroën Berlingo menjadi mini coffee bar yang praktikal dan berfungsi.

Projek ini melibatkan kerja-kerja reka bentuk, pembuatan dan pemasangan kabinet serta kaunter kerja khas yang disesuaikan dengan ruang dalaman kenderaan.

Kasi clear dulu supaya senang buat keje

Antara kerja yang dilaksanakan termasuk:

Ukuran mesti mau 'A' baru boleh jadi barang
  • Pemasangan panel dan kemasan dalaman berasaskan kayu.
  • Pembinaan kaunter kerja khas dengan ruang untuk mesin kopi dan peralatan.
  • Penyediaan kabinet serta laci penyimpanan bagi memastikan ruang lebih teratur.
  • Potongan bukaan khusus untuk pemasangan peralatan dan keperluan operasi.
  • Pemasangan lampu serta kemudahan elektrik bagi menyokong aktiviti perniagaan.
Try fitting size ngam ke tak

Setiap bahagian dirancang dengan teliti bagi memaksimumkan penggunaan ruang yang terhad, di samping memastikan keselesaan dan kemudahan kepada pengusaha ketika menyediakan minuman.

Penggunaan kemasan kayu dengan tona semula jadi memberikan suasana yang lebih hangat dan menarik, manakala kaunter berwarna hitam menyerlahkan penampilan moden serta profesional.

Gabungan kedua-dua elemen ini menghasilkan ruang kerja yang bukan sahaja praktikal, malah mempunyai identiti visual tersendiri untuk sebuah perniagaan kopi bergerak.

Projek ini membuktikan bahawa ruang kenderaan yang terhad mampu diubah menjadi sebuah ruang perniagaan yang kreatif dan berfungsi melalui perancangan reka bentuk serta kerja pertukangan yang teliti.

Di 4A's Creative, kami percaya setiap idea pelanggan mempunyai potensi untuk direalisasikan. Kami bukan sekadar menghasilkan produk, tetapi turut membantu menyelesaikan keperluan pelanggan melalui reka bentuk dan pembangunan produk yang disesuaikan dengan konsep serta fungsi yang diinginkan.

Search